Thursday, February 24, 2011

the best win



"
not all winner
win the game
"
apunpital

_______________________________________________________




The best is the enemy of the good.




Sunday, February 13, 2011

gulp


"
modern means
apply the best new-one
or left behind
in the old rules.
"
apunpital

_________________________________________________

Suatu masa dahulu, kita tak mahumengaplikasikan teknologi baru, dan akhirnya orang lain menggunakannya dan memijak kepala kita.

Perkara sama berlaku di dalam semua perkara. Pedang (samurai) lawan peluru (tentera diraja) menyebabkan kumpulan samurai akhirnya hilang kuasa. Begitu juga media internet vs media cetak, telah mengakibatkan kejatuhan teruk Barisan Nasional di pilihanraya sebelum ini, juga hampir merugikan beberapa akhbar di US (malah mungkin negara lain?). Kuasa mp3, menjatuhkan sektor muzik, torrent telah sekurang-kurangnya mengurangkan penjualan VCD dan bilangan orang ke pawagam, malah telah juga mengurangkan pembelian softwear berbayar.

Orang juga makin mendapat ilmu dengan mengaplikasikan wikipedia dan butang search di internet. Jadi agak pelik kalau kita masih mahu duduk diam dengan hukum-hakam lama dalam kehidupan.

Aku begitu pelik bila ada orang begitu taksub dalam membenci softwear untuk image developing. (kadar tak suka sudahlah).

Tuesday, February 8, 2011


"
i am sorry
'couse let you go
but it was
the happiest decision
in my whole life
"

apunpitalisme

________________________________________

apabila masa berlalu, semua orang akan melupakan perkara yang lama. Walaupun pernah berjanji tak akan melupakannya, walaupun perkara yang penting, walaupun telah nekad tak akan pernah sesekali melakukan begitu.

Tetapi masa tetap menjamah memori. Walaupun terhadap orang yang paling penting. Tetap juga akan dilupakan.

Suatu quote dari sebuah komik yang aku sangat suka

"Suatu hari, kau akan teringatkan tentang aku
wajah dan gaya aku,
dan apa yang kita pernah lakukan,
namun pada hari itu, mungkin kau sudah lupakan nama aku"

dan aku dahpun terlupa nama komik tu.

erk. da tua nih!


Monday, January 24, 2011

slow down


"slow down
no need to rush
you were already late"
apunpital

___________________

tahukah anda Kenapa Istana Negara baru dibina di Jalan Duta? Tahukah kenapa Jalan Duta dinamakan Jalan Duta sedangkan hanya ada kedutaan India di sana.

Istana Negara sekarang bukanlah Istana untuk raja pada awal pembinaannya. Bangunan yang pernah digelar "rumah terbesar di Malaya" dan tanah sekitarnya adalah kepunyaan Chan Wing. Salah seorang tokey kongsi untuk lombong bijih terbuka yang terdalam dan terbesar di dunia yang dikenali sebagai The Mines.

Chan Wing mempuyai 8 orang isteri (atau seorang isteri dan tujuh gundik) dan 26 orang anak. Itulah sebabnya dia memerlukan rumah yang besar. Kenyataan Istana Negara sekarang merupakan bekas rumah Chan Wing memang tertulis di wikipedia.

Selepas pendudukan Jepun, Chan Wing melarikan diri ke luar negara kerana menjadi salah seorang wanted. Kemudian rumah ini dibeli/diambil alih oleh kerajaan Selangor sebelum disewakan kepada Kerajaan Persekutuan selama 50tahun, dengan perancangan membina sebuah Istana Negara yang sebenar di Jalan Duta bersama-sama kedutaan lain. Malangnya, 50 tahun lepas, hanya kerajaan India yang memiliki kedudukan dalam Syarikat Hindia-Timur yang cukup kaya dan heran dengan Kuala Lumpur yang dimajukan oleh Yap Ah Loy.

Jasa Chan Wing bukan sekadar "pembina Istana Negara" tetapi dicatat di sini dengan rapi oleh salah seorang anaknya, Dr. Chan Chin Cheung, salah seorang bekas CEO Sime Darby, bekas pelajar kedoktoran di Cambridge.

Chan Wing merupakan antara tokoh yang tersembunyi dalam lipatan sejarah.

rujuk 1
rujuk 2
rujuk 3
rujuk 4